
KBEA 2022
Di saat kita semua diuji dengan norma baharu kehidupan akibat pandemik Covid-19 yang telah mengubah corak kehidupan kita semua dan juga turut terkesan adalah aktiviti ekonomi.
Kelantan Business Entreprenuer Awards diwujudkan untuk menghargai dan memberi penghormatan kepada semua usahawan di negeri Kelantan juga usahawan Kelantan untuk tampil dengan kemenangan dalam perjuangan menghadapi ujian ini. Anda semuanya hebat kerana berjaya mengharungi pelbagai rintangan dan anda tetap bangkit berniaga.
Penganugerahan ini kepada semua enterprise, start-ups dan personaliti di negeri Kelantan atas sumbangan dan bakti kepada industri.
Anugerah julung kali diadakan kami mendekatkan diri dan turun padang mencari dan mencalonkan Usahawan di peringkat negeri Kelantan. Penganugerahan di Ibukota, namun atas keprihatinan, kami turun ke negeri Kelantan kali ini untuk memberi pengiktirafan tertinggi kepada anda semua.
OBJEKTIF
- Menghargai peranan dan sumbangan individu dan perniagaan yang telah menyokong pembangunan ekonomi negeri Kelantan.
- Melahirkan lebih banyak kejayaan dan kemajuan baharu, amalan mampan dan kecemerlangan dalam semua industri perniagaan.
- Mempamerkan pencapaian dan kecemerlangan syarikat dan individu di Kelantan.
- Menggalakkan dan memberi inspirasi kepada individu dan perniagaan untuk menyasarkan persekitaran yang cemerlang secara berterusan.
- Memberi inspirasi kepada semua usahawan untuk terus berusaha tanpa menyerah kalah. Mengangkat imej dan prestij kepada individu dan perniagaan.
KATEGORI ANUGERAH
Visi & Kepimpinan
Memilik ciri ciri seorang pemimpin yang berwibawa memacu perniagaan dengan membawa misi dan wawasan yang cemerlang kepada syarikat. Meletak hala tuju kejayaan perniagaan yang memberi manfaat kepada tenaga kerja dan membimbing kearah kejayaan bersama
Prestasi Korporat
Pengurusan Prestasi Korporat syarikat yang menekankan kepada pengukuhan tadbir urus korporat. Syarikat juga diuruskan dengan cekap dan selari kehendak semasa dengan memfokuskan kepada semua bahagian seperti pengurusan operasi dan kewangan syarikat, pelaburan juga rakan niaga dengan lebih efektif. Semua laporan dan dokumen di selenggara dengan betul, amanah dan tiada penyalahgunaan kuasa . Dalam ertikata lain ialah operasi dipacu prestasi, pertumbuhan sebagai organisasi lestari, bertanggungjawab dan beretika.
Pencapaian Inovatif
Pengiktirafan kepada syarikat yang memperkenalkan sesuatu idea baru yang berinovasi untuk meningkatkan kualiti dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat
Pencapaian kelestarian & Kecemerlangan
Dengan memberi penumpuan penuh kepada keterangkuman, kelestarian dan kecemerlangan. Menitikberatkan kepada keberadaan syarikat yang sentiasa berdaya saing dan maju ke hadapan. Kecemerlangan syarikat semakin meningkat dari setahun ke setahun
KRITERIA PEMILIHAN DAN
PENGHAKIMAN PENERIMA ANUGERAH
Calon Kelantan Business Entreprenuership Awards 2022 akan dinilai berdasarkan rangka kerja mengikut kelayakan dan pengesahan komprehensif yang terdiri daripada fasa berikut.
FASA 1
Pra Kelayakan
FASA 2
Sesi penghantaran dokumen sokongan
FASA 3
Sesi Penilaian dan Proses penjurian kepada semua pencalonan
FASA 4
Sesi Pengumuman kepada semua pemenang dan surat pengesahan kemenangan diedarkan
FASA 5
Sesi Acara Berprestige Malam kemuncak penyampaian Anugerah
FASA 6
Pakej Media diselesaikan kepada semua pemenang
Galeri KBEA
Mesyuarat Pengerusi KBEA bersama Agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan NGO Perniagaan Kelantan












PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP
